Awal hidup Leo Africanus

Menurut catatan autobiografi al-Hasansendiri yang disertakan dalam karyanya, beliau lahir kepada seorang bernama Muhammad di Granada sekitar tahun 1494[5] diperkirakan dari umur dinyatakannya sendiri semasa berlakunya pelbagai peristiwa bersejarah.[6] Keluarganya berpindah ke Fes sejurus selepas kelahirannya;[5] nama tempat itu jugalah yang menjadi nisbatnya iaitu al-Fasi (daripada Fās atau فاس).[5]

Di Fes, beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Qarawiyyin. Beliau pernah menemani seorang bapa saudara bersama dalam misi diplomatik bagi pihak Sultan Muhammad al-Burtuqali kerajaan Wattasiyah ke kota Timbuktu (sekitar 1510), yang kemudiannya menjadi sebahagian dari Kerajaan Songhai.